PERTANDINGAN KARAOKE SUARA PANGGUNG PERINGKAT NASIONAL 2019

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :-
1) Penyertaan adalah dibuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18-45 tahun, lelaki atau perempuan yang belum pernah merakamkan suara dengan mana-mana syarikat rakaman album sama ada di dalam atau di luar Negara.
2) Pertandingan adalah untuk kategori SOLO sahaja.
3) Tema dan lagu Bebas dan hanya satu lagu untuk seorang peserta. Tema nyanyian terdiri daripada lagu-lagu dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, tidak kira lagu lama atau moden.
4) Setiap peserta WAJIB membawa Minus One sendiri. (Pendrive/Cd)
5) Lirik lagu yang dipilih hendaklah berunsur sihat dan positif.
6) Pakaian mestilah sopan.
7) Setiap peserta ujibakat hanya diberi tempoh masa tidak melebihi 3 minit. Pihak juri juga berhak memberhentikan persembahan peserta pada bila-bila masa jika dirasakan perlu.
8) Pihak penganjur berhak menukar syarat-syarat, tempat, dan masa pertandingan tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu dari pihak peserta yang bertanding.
9) Setiap penyertaan akan dikenakan Yuran Pertandingan sebanyak RM50 sahaja. Pembayaran penyertaan boleh dibuat secara online transfer ke akaun CIMB RSVP Media Sdn Bhd (8008823090) Bukti pembayaran transaksi mestilah di hantar ke Whatsapp;
Pn. Linda (018 6664196), Pn. Aisha (011 61377731) atau Ms. Chinta (011 61676120)
10) Wang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri atau melanggar mana-mana syarat pertandingan.
11) Semua peserta akan melalui peringkat saringan dan hanya 40 peserta sahaja akan ke peringkat suku akhir, 20 peserta ke peringkat separuh akhir dan 10 peserta akan bertanding ke peringkat akhir.
12) Tiada sebarang bantahan semasa dan selepas pertandingan. Keputusan juri adalah muktamad.
13) Untuk pendaftaran/ borang pertandingan dan pertanyaan sila hubungi/whatsapp:
Pn.Linda (018 6664196), Pn.Aisha (011 61377731) atau Ms.Chinta (011 61676120)
14) Pihak penganjur atau RSVP Media Sdn Bhd mempunyai hak eksklusif menggunakan material visual dan rakaman video, foto, suara dan bunyi untuk menyiarkan persembahan dalam produksi ini melalui layar perak, rangkaian televisyen satelit atau televisyen digital, siaran radio atau mana-mana alat perantaran media atas talian dalam konsep atau bentuk promosi, siaran rakaman, siaran secara lansung atau siaran ulangan. Peserta pertandingan tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan dan pampasan. Peserta pertandingan melepaskan semua tuntutan dan pampasan kepada sebarang penggunaan material sepanjang tempoh yang ada. Penganjur berhak menggunakan segala material dimana-mana wilayah dan negara seluruh dunia.
15) Juara, Naib juara, tempat ke-3 dan yang terpilih akan menandatangani kontrak pengurusan dibawah RSVP Media Sdn Bhd selama setahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak untuk tahun seterusnya jika kedua-dua belah pihak bersetuju dan dibenarkan untuk menandatangani kontrakdengan mana-mana label syarikat rakaman yang berminat bagi penghasilan album atau single.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!!
JUARA
RM 30,000
NAIB JUARA
RM 10,000
KE 3
RM 5,000
KE 4 - 10
RM 1,000